Assalamualaikum.....
Berkongsi ilmu itu bukan mudah...Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kek...ang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Jangan rujuk pada satu-satu sumber sahaja untuk mendapatkan kesahihah ilmu itu....jika tidak yakin dengan apa yang dikongsikan di sini...boleh la pergi mendapatkan kepastian dari guru2 agama yang lebih bertauliah...
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu akan dilaknat oleh Malaikat langit dan bumi."
Ali r.a
Memberikan fatwa mengenai sesuatu masalah agama hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jika tidak, ia pasti akan membawa penyelewengan dalam hukum-hukum syarak.Orang yang mengambil mudah dalam hal sebegini sehingga melakukan kesalahan dalam memberikan fatwa akan dimurkai Allah dan dilaknat oleh malaikat-Nya.
Dipetik dari sumber Cinta dan Persahabatan dalam Islam
No comments:
Post a Comment