Sunday, September 30, 2012

"mengapa hidup kita mempunyai dua jalan, tiada yang tengah2, tiada juga yg ketinggalan"




Assalamualaikum W.B.T......

maaf la yee sbb da lme x update blog ni...mklum la, idop stdnt ni laen, cerita nya byk, cme lg byk kje nk d bt dr update blog ni...jd x bpe nk berkesempatan untuk update blog....

untuk kali ini, ingin saya berkongsi sesuatu, iaitu "mengapa hidup kita mempunyai dua jalan, tiada yang tengah2, tiada juga yg ketinggalan"....

seperti yang kita tahu, suma nya berpasangan, hidup berpasangan dgn mati, kenyang berpasangan dgn lapar, sakit berpasangan dengan sihat, dan sebagainya......pernah tak kita terpk knpe tidak ada jalan tgh-tgh????

timbul nya persoalan ini telah timbul satu lagi persoalan yang baru, iaitu mengapa ada yang kebelakang dan ade yg kehadapan?????

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

hidop yang penuh dengan pancaroba, ujian serta onak duri ialah hidop yang lebih bererti daripada hidop yang kosong....seperti mengapa kita diberi ujian gagal dalam peperiksaan, gagal dalam perniagaan, gagal dlm percintaan dan sebgainya???pernah x kita terpk bhwa sume yang berlaku mempunyai sbb??? cuba kita berpikir sejenak.....cuba cuba.....!!!

mesti ada yang tak kena dengan ape yg kita buat..."Allah S.W.T menurunkan ujian pada hambanya yang beriman untuk menguji tahap keimanan seseorang itu kepadaNYA"......

jika kita gagal dalam peperiksaan, mesti ada yang x kena, mungkin kita mengata guru kita, mungkin kita melukakan hati mereka, munkin kita berkasar dengan guru kita, mungkin kita tidak menghormati mereka, dan pelbagai kemungkinan sehinggakan mungkin kita telah melukakan hati mereka dengan hanya pandangan mata yang tajam...spe tahu betol????? cuba kita renung2 kan sama2....

dan mungkin juga kita ggal dlm perniagaan sbb peroleh dr cara yang tidak halal...jangan salah sangka, sbnr nya rezeki tidak halal bukan setakat rasuah, penipuan dan seperti yang kita setahui yang lain nya...pernah x kita terpk bhwa rezeki tidak halal itu mungkin dtg dr cara kita menguruskan kewangan seperti tidak memberikan gaji yang septt nya kpd pekerja, tidak mempedulikan hak-hak kebajikan pekerja dan sebagainya....


dalam percintaan???? sume org suke ni...hehehe...tp jangan kita pk ape yg kite sdr....cbe kite pk scra yang tidak sedar...mksdnya disini ialah mengapa kita bercinta sdgkn ianya slh....tiada istilah bercinta seperti kebanyakan fahaman sekarang....klo nk bercinta, cuba kita bercinta secara btol2....ada cara dan langkah yg telah diberi kepada kita umat Nabi Muhammad S.A.W...tp bse la, sye x ckp sye bek, sye bkn mufti, sye bkn penceramah agama, saya cuma mahu kita sama2 berpesan, sme2 kita sedr bhwe slme ni kita SALAH!!!...nafsu dan syaitan yang berdamping dgn kita, telah byak menghasut kita kearah maksiat....btol x btol????pgg tgn is HARAM, bersentuhan kulit antara bukan muhrim is HARAM.....jadi tiada kesempurnaan disitu kita....maka apa slh nya kite berpesan-pesan sama kita.....

pandanglah dari segi keseluruhannya....kita tidak sedar bhwa dlm keadaan tidak sedar banyak yang kita lalai dan alpa...jadi kesimpulannya, "mengapa hidup kita mempunyai dua jalan, tiada yang tengah2, tiada juga yg ketinggalan"????

JAWAPAN NYA : kita mempunyai jalan taubat yang sentiasa terbuka....kita beruntung kerana kita diberi pintu taubat yang sentiasa terbuka luas.....dan tiada pula jalan tengah2 kerana kita diberi pilihan antara keburukan / kebaikan. kejahatan / kebaikan, syurga / neraka....cume kita kne bt plhan...jika terlajak msuk ke jalan kejahatan, jangan kita risau / takut untuk berpatah blk...sejauh mana kita terlajak, hendak lah kita berpatah blk slagi blm dijemput ajal...dan jangan pula kita khuatir bhwa kita sudh lme terlajak, sudh lme x puasa, sudh lama x solat kita tidak diterima kebaikannya....mohon taubat, ampun, berusaha, dan selebihnya kita tawakal kerana selepas itu, sume hak Allah, Dia yang tntukan......

smpai sini saja lah yee...maaf jika ada slh silap, sila perbetulkan saya...niat saya cuma ingin kite sama-sama berubah...supaya di akhirat kelak jika ditanya apa yang kamu lakukan didunia, kita mempunyai jwpn utk dijawab...."berpesan2 lah sesama kamu kearah kebaikan"....saya berpesan pada diri dan anda sekalian....Assalamualaikum W.B.T

No comments:

Post a Comment